Ringkasan Sejarah
Candlestick telah berada sekian dalam dunia saham dan pelaburan semenjak abad ke 18 masihi. Apabila perdagangan beras bermula sekitar 1654 di Jepun.
Pasaran beras telah mendominasi ekonomi Jepun dan menjadi salah satu komoditi terpenting dalam masyarakat Jepun ketika itu.
Perintis Candlestick
Penggunaan carta candlestick dalam menjangka dan meramal harga beras di pasaran telah dimulakan oleh Munehisa Honma (Sokyu Honma), seorang pedagang dalam pasaran beras.
Beliau amat memahami dinamika antara asas supply dan demand, dan telah mengenal pasti secara fakta yang emosi turut memainkan peranan penting dalam menentukan harga beras di pasaran.
Oleh kerana keinginan beliau yang mahu menjejaki emosi pemain-pemain dalam pasaran, maka usaha beliau ini telah menjadi asas bagi permulaan analisis candlestick.
Beliau sangat dihormati dan telah dinaikkan tarafnya sebagai seorang Samurai.
Apa itu Candlestick.
Candlestick adalah suatu gambarajah berbentuk lilin (candle) yang terbentuk menggunakan open, high, low dan close bagi time frame yang dipilih.
Gambarajah diatas menunjukkan 2 jenis candlestick:
- Body candlestick yang berwarna putih atau hijau dinyatakan sebagai Bullish candlestick. Jika bullish candlestick terbentuk, bermakna tekanan belian lebih kuat dari jualan.
- Body candlestick yang berwarna hitam atau merah dinyatakan sebagai Bearish candlestick. Jika bearish candlestick terbentuk, bermakna tekanan jualan lebih kuat dari pembelian.
Garisan halus vertikal yang terbentuk pada atas dan bawah badan candlestick dikenali sebagai shadow atau wick. Shadow atau wick di atas body candlestick dikenali sebagai High, manakala shadow di bawah dikenali sebagai Low.
Garisan wick tersebut menyatakan paras tertinggi pembelian dan jualan yang dilakukan oleh para pedagang saham.
Open bermaksud harga pembukaan sewaktu sesi dagangan bermula. Jika close berada di atas open, ianya adalah bullish candlestick, yang bermaksud bahawa pasaran meningkat dalam tempoh masa ini. Bullish candlestick kebiasaannya dipaparkan sebagai candlestick putih atau hijau.